Keluaran dan sambutan Untuk Tiga Hari

Untuk 3 Hari asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 2 April 2012, bagaimanapum ia dikeluarkan secara rasmi pada 20 September 2012 dan menjadi filem kedua arahan Afdlin Shauki yang ditayangkan pada 2012 selepas Berani Punya Budak yang ditayangkan pada 26 April.

Portal hiburan Galaksi Media mengulas yang filem ini bukan sebuah filem "penamat yang baik" dan berpendapat "para penonton boleh tersenyum puas apabila keluar dari pawagam menyaksikan Untuk Tiga Hari kerana ia merupakan antara karya yang bagus dalam kelompok industri filem kita".[7] Eraz Fadli mengibaratkan filem ini sebagai "kisah Romeo & Juliet moden".[8]